Tuesday 8 May 2012

JENIS-JENIS JAHITAN

Jahitan boleh dibahagi kepada beberapa kumpulan seperti berikut:

Jahitan Sementara Jelujur sama panjang, jelujur panjang pendek, jelujur tegak, jelujur dan jahitan tanda
Jahitan Penyambung Jelujur halus, jahit kia, jahit lilit ubi, dan jahit mesin.
Jahitan Pengemas Sembat, Sembat Susup, lilit kemas, insang pari, jahit lubang butang dan silang pangkah
Jahitan Sulaman Jahit rantai, jahit batang, jahit kuku kambing, simpul perancis, jahit padu, insang pari dan silang pangkah

  • Jahitan sementara terdiri daripada jenis-jenis jelujur. Ia akan ditanggalkan
    apabila mata jahitan kekal dijahit.  
  • Benang yang digunakan adalah lembut, halus dan mudah putus.
  • Pilih benang yang berwarna muda kerana ia senang kelihatan dan
    tidak meninggalkan kesan diatas kain selepas dibuka. 
  •  Jahitan sementara biasanya dijahit dengan menggunakan satu lembar
    benang kecuali jelujur tanda.
  • Jahitan boleh dikerjakan pada sebelah luar atau sebelah dalam
    kain dari kanan ke kiri.
  •  Jarum yang biasa digunakan adalah jenis yang tajam atau
    antara yang halus.

Kegunaan Jelujur



Untuk memindahkan garisan-garisan pada pola kain Misalnya jelujur tanda
Untuk menandakan kedudukan dan garisan-garisan pola Jelujur tak sama
Jelujur panjang pendek
Untuk menetapkan kedudukan kelepet, kelim, kocek buat sementara Jelujur tak sama
jelujur panjang pendek jelujur kasar
Untuk menetapkan dua atau lebih lapisan kain sebelun di mesin Jelujur tegak
Jelujur serong

No comments:

Post a Comment