1. Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan
- Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.
- Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.
2. Struktur Organisasi Bengkel
- Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.
3. Langkah Keselamatan(1) Membersih
- Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat
-Menitikberatkan kebersihan diri dan mental
-Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek
-Kebersihan mental iaitu berfikiran positif
-Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu  :       
a.  Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)                
- Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering
- Jenis basah  digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair 
b. Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi.
 
(2) Menyusun Atur
-Guna alat mengikut kegunaannya
-Simpan alat di tempat yang betul
 
(3) Menilai
-Menilai diri sendiri dan tempat kerja
-Melaksanakan sikap penuh bertanggungjawab
-Melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan pertolongan cemas serta penggunaan alat pemadam api.
 
(4) Mendisiplin 
-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.
 
1.  Keselamatan Bengkel
-Lantai tak licin
-Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru
 
2. Keselamatan Diri
-Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel
-Memakai apron dan kasut getah
 
3.  Keselamatan Alatan
-Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak
-Gunakan alatan mengikut fungsinya
 
4.  Keselamatan Penggunaan Elektrik
-Pastikan tangan tidak basah
-Jangan menggunakan peralatan yang rosak
 
 
 
- PENGELASAN ALAT PEMADAM API 
*Kelas A (jenis air)
Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas
 
*Kelas B (jenis Buih)
-Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat
 
*Kelas B & C (jenis karbon dioksida)
-Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya
 
*Kelas A, B dan C (jenis serbuk kering)
-Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.
 *Etika Kerja merangkumi disiplin dan sikap seperti menepati masa, bertanggungjawab, amanah dan patuh kepada arahan.
*Budaya Kerja bermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja.