Sistem bekalan air di rumah:
a. Sistem terus | Membekalkan air terus dari paip perkhidmatan ke semua pili. | |
b. Sistem tidak terus | membekalkan air ke tangki simpanan air yang akan menyalurkannya semula kepada pili di dalam rumah. |
Paip Bekalan Air
Paip Perhubungan | · menghubungkan paip utama dengan meter air. |
Paip Perkhidmatan | · menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur. |
Paip Agihan | · mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan di rumah. · Menggunakan paip jenis BG atau PVC |
Paip Cuci | · Dipasang di dasar tangki · Berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja pembersihan tangki dijalankan |
Paip Limpah | · Dipasang tinggi sedikit dari aras penuh tangki simpanan air · Bersaiz lebih besar sedikit dari paip perkhidmatan · Menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injap bebola rosak. |
Tangki Simpanan Air
- Fungsi: menyimpan air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan lain di rumah.
- Terletak di atas bilik air dan bertutup untuk mengelakkan pencemaran.
- Menerima air dari paip perkhidmatan dan dikawal oleh injap bebola serta pelampung.
- Ia diperbuat daripada bahan kepingan galvani, gentian kaca atau poli.
- Muatan tangki biasanya antara 140 liter hingga 450 liter.
No comments:
Post a Comment