Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan Paip
Jenis Paip
1. Paip besi bergalvani (BG)
· Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink.
· Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip
· Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter.
· Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm, 38 mm dan 50 mm.
· Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan.
| Gred | Ketebalan | Kod warna | Kegunaan | 
| A | Nipis | Perang | Paip Limpah | 
| B | Sederhana | Biru | Paip Agihan | 
| C | Tebal | Merah | Paip perhubungan dan paip perkhidmatan | 
2. Paip polivinil klorida (PVC)
· Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC)
· Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah
· Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas.
· Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm.
· Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.
3. Paip Poli (HDPE)
- boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan hujan.
- berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak berkarat, ringan dan
 boleh digulung.
- ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter pelbagai.
- lebih mahal dan tidak boleh ditegakan.
- apabila penyambungan dibuka, hujung paip perlu dipotong kerana terdapat kesan pencengkam pada hujung paip itu.
- boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji.
- penyambungan tidak memerlukan glu kerana terdapat sleeve dalam penutup untuk mencengkam paip poli.
- di dalam sleeve terdapat gelang getah.

Penyambung Paip





 
 
No comments:
Post a Comment