Wednesday, 16 May 2012

NOTA KERJA PAIP ASAS (BAH. 3)

Bahan Pemasangan Paip
1. Pita PTFE
  • untuk sambungan paip yang berulir.
  • dililit pada ulir mengikut arah pusingan jam sebelum penyambung dipasang pada paip.   
2. Glu Paip PVC (simen pelarut)

  •   bahan perekat cecair yang dijual dalam tin.
  •  disapu pada paip atau pemyambung PVC yang tidak berulir sebelum pemasangan dilakukan.



 JENIS DAN KELENGKAPAN PAIP
Alatan Tangan


Pita pengukur
  • digunakan untuk mengukur
Gergaji besi
  • untuk memotong paip PVC dan paip besi bergalvani
  • mempunyai bingkai yang boleh dilaraskan bagi saiz mata gergaji yang berlainan ukuran.
Pemotong paip beroda
  • memotong paip besi bergalvani dengan tepat dan cepat
Ragum paip yoke
  • memegang dan mengapit batang paip besi bergalvani supaya tidak bergerak semasa memotong, mengulir dan melakukan kerja-kerja pemasangan.
Kikir bulat
  • untuk membuang gerigis di dalam hujunh paip selepas dipotong
Kikir rata
  • membuang gerigis luar pada hujung paip
Pemotong paip PVC/Poli
  • untuk memotong paip PVC/poli dengan tepat dan cepat
  • apit pemotong paip PVC/poli pada batang paip yang hendak dipotong dan pusing disekelilingnya
  • tambah tekanan perlahan-lahan
Perengkuh Paip
  • mencengkam dan memutarkan batang paip.
  • rahangnya boleh dilaraskan untuk mencengkam batang paip
  • tidak sesuai untuk melonggarkan atau mengetatkan bahagian kepala pili, nat atau penyambung yang tepinya rata
Sepana boleh laras
  • melonggarkan atau mengetatkan nat pada pili dan penyambung.
  • rahangnya boleh dilaraskan untuk disesuaikan dengan saiz benda kerja
Playar cengkam seribu
  • mencengkam batang paip dan mengetatkan penutup penyambung poli semasa menjalankan kerja pemasangan paip poli

No comments:

Post a Comment